Sabtu, 3 Disember 2011

JADUAL WAKTU INDUK TAHUN 2012

Perhatian kepada semua guru-guru, jadual waktu induk tahun 2012 telah siap dan guru-guru bolehlah merujuk kepada jadual waktu ini. Sila rujuk kepada kod yang telah diberi bagi setiap guru. Beberapa perubahan mata pelajaran telah dibuat dan telah dikemaskini pada 02/12/2011 dan semua guru diminta mengambil perhatian yang sewajarnya. ADMIN.

klik di sini JADUAL WAKTU INDUK 2012 - NEW

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012

KLIK DI SINI

Selasa, 22 November 2011

SELAMAT BERCUTI

Rasanya belum terlambat untuk pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga SK. Suasa terutama sekali guru-guru dan murid-murid. Semoga cuti panjang tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya terutama sekali kepada murid-murid SK. Suasa supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. ADMIN.

Khamis, 17 November 2011

UPSR 2011


Keputusan UPSR akan diumumkan pada hari ini iaitu tanggal 17 November 2011. Calon-calon UPSR bolehlah mengambil keputusan mereka selepas jam 10 pagi di pejabat pentadbiran SK. Suasa. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2011. ADMIN.

Selasa, 8 November 2011

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM TAHUN 2011


Bermula pada 10 dan11 November 2011 iaitu hari Khamis dan Jumaat, pihak sekolah di bawah kelolaan unit ko-kurikulum akan mengadakan aktiviti perkhemahan unit-unit beruniform yang merupakan aktiviti tahunan bagi murid-murid yang menyertai kegiatan ko-kurikulum di sekolah . Seramai 53 orang murid dan semua guru penasihat setiap persatuan iaitu Persatuan Pengakap dan PPIM akan berkampung di perkarangan sekolah bermula petang Khamis sehinggalah keesokkan harinya. Satu kursus bagi membimbing murid-murid mengorganisasi persatuan akan diadakan pada sebelah pagi Khamis. Dua orang penceramah di kalangan guru-guru yang berpengalaman telah dilantik bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang tugas-tugas ahli jawatankuasa bagi setiap persatuan. Berbagai-bagai aktiviti telah diatur dan menurut Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Marif, beliau berkata bagi memenuhi pengisian masa supaya aktiviti perkhemahan ini menjadi satu aktiviti yang menarik, banyak aktiviti telah dirancang bersama dengan guru-guru penasihat termasuklah petandingan ikatan dan simbol (Persatuan Pengakap) dan pertandingan memasak dan gubahan (PPIM) serta aktiviti malam kebudayaan. Diharapkan aktiviti seperti ini, kata beliau dapat memberikan murid-murid pendedahan dan pengalaman yang berguna. ADMIN.

Sabtu, 5 November 2011

MAJLIS PERSARAAN

EN. MATJANDI BIN TANSIM

Bersempena dengan persaraan En. Matjandi (gambar atas ), pihak sekolah akan mengadakan majlis persaraan beliau di Borneo Golf and Country Club, Bongawan pada 09 November 2011 (Rabu). Majlis yang dijangka bermula pada pukul 3.00 petang akan dihadiri oleh semua guru dan AKS. Majlis ini juga disekalikan dengan jamuan akhir tahun yang julung kali dianjurkan oleh pihak sekolah di luar sekolah. Berbagai aktiviti telah diatur bagi memeriahkan majlis itu nanti termasuklah bertukar-tukar hadiah. En. Matjandi yang merupakan anak jati Kg. Suasa mula bertugas di SK. Suasa sejak tahun 80-an lagi merupakan seorang guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini dan sudah banyak menabur bakti dan budi kepada seluruh warga Kg. Suasa, Beaufort. Sesungguhnya budi, jasa dan pengorbanan beliau pihak sekolah amat sanjungi dan berharap beliau akan terus menyokong segala usaha yang dibuat oleh pihak sekolah bagi mencemerlangkan dan menghasilkan produk (murid) yang berkualiti di masa-masa akan datang.

SELAMAT BERTUGAS

Pihak sekolah mempunyai seorang lagi AKS baru yang memulakan tugas pada 01 November yang lepas iaitu Pn. Saripah, beliau sebelum ini bertugas di SMK. Saga-Saga, Membakut. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas dan menjadi sebahagian daripada warga SK. Suasa, Beaufort. ADMIN.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA



Get more Aidil Adha: Click here
Kepada Seluruh Warga SK. Suasa, Beaufort

Selasa, 1 November 2011

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH TAHUN 2011

Sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 01 hingga 02 Oktober 2011 ( Selasa dan Rabu ). Bertempat di Padang Sekolah SK. Suasa, Beaufort. Antara acara-acara yang diadakan ialah termasuklah acara padang dan balapan, tarik tali, dan termasuk acara -acara kepada ibu bapa serta belia Kg. Suasa yang telah dirancang akan dilaksanakan. Diharapkan kejohanan sukan ini akan berlangsung dengan jayanya dan meriah.ADMIN.

Jumaat, 14 Oktober 2011

SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU-GURU SERTA AKS SK. SUASA, BEAUFORT

Borang SKT yang telah diedar oleh Guru Besar pada 13 Oktober (Khamis) sila hantar selewat-lewatnya pada 17 Oktober (Isnin). Di sini disertakan panduan mengisi borang SKT tersebut, harap dapat membantu. ADMIN.

PANDUAN SKT

Khamis, 13 Oktober 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011





PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 AKAN BERMULA PADA 17 HINGGA 20 OKTOBER 2011 ( ISNIN HINGGA KHAMIS ). PIHAK SEKOLAH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA MURID-MURID SK. SUASA, BEAUFORT. SEMOGA ANDA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG. JANGAN LUPA ULANGKAJI PELAJARAN DI RUMAH.ADMIN.

Kem Bestari Solat 2011

Pihak sekolah di bawah kelolaan guru J-Qaf akan mengadakan kem bestari solat kpada murid-murid Tahun 1 hingga 5 seramai lebih 65 orang. Program yang dianjurkan setiap tahun itu akan bermula pukul 7.30 pagi dan murid-murid akan dikumpulkan di tapak perhimpunan sekolah bagi pembahagian kumpulan dan guru pembimbing.ADMIN.

Isnin, 3 Oktober 2011

Lawatan murid-murid Tahun 6

Sebagai tanda kenang-kenangan kepada murid-murid Tahun 6, pihak sekolah akan mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar iaitu di :

Taman Marin UMS
Taman Buaya Tuaran

iaitu pada 25 Oktober 2011 ( Selasa ). Dijangka seramai 12 orang murid Tahun 6 dan beberapa orang guru pengiring turut serta dalam lawatan tersebut. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai tempat lawatan sila klik pada nama tempat lawatan tersebut. ADMIN.

kenangan raya 2011

Posted by Picasa

lawatan pra-sekolah@KFC

Posted by Picasa

Khamis, 29 September 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

download link :
manual guru mata pelajaran
manual guru kelas
manual SU peperiksaan

Resipi : Ayam masak serai lengkuas

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (saiz potongan, ikut suka uolls)
5 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili boh
200 ml santan
1 batang serai (dititik)
1 / 2 keping asam keping (bergantung pada saiznya)
1 cawan air


Bahan-bahan yang dikisar :
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras


Cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan cili boh sehingga
agak garing. Kemudian masukkan bahan-bahan
yang dikisar tadi, kacau dan biarkan sehingga
naik minyak. Masukkan air diikuti santan. Bila
sudah agak mendidih, masukkan ayam, serai
dititik dan asam keping. Masak sehingga
ayam mesra dengan kuahnya dan naik minyak.
Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa
masing-masing.

Selasa, 27 September 2011

Sambutan Majlis Jamuan Raya 2011

 Segak dan ayu berpakaian melayu dan berbaju kurung
 Murid-murid Pra-sekolah tidak melepaskan peluang turut serta
 Kenangan Jamuan Raya 2011
Berdiri dari kiri : En. Sulaiman, En. Matjandi,Tn. Hj. Bisno(GB),En. Marif,En.Salanih,En.Afandi
Duduk : Pn.Mariana,Pn.Nooraidah,Pn.Norhayati,Cik Zahrataini,Pn.Suzanah,Pn.Noraziah

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya dapatlah majlis yang dirancang ini dilaksanakan dengan jayanya. Sungguh meriah dengan murid-murid memakai pakaian berwarna warni dengan silelakinya yang tampan segak memakai baju melayu lengkap bersamping manakala siperempuannya ayu memakai baju kurung ditambah lagi dengan aksesori tambahan. Pertandingan pakaian beragam menambah lagi kreativiti murid-murid 'mencantikkan' lagi baju bagi memenangi hati juri. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang serba ringkas tapi meriah. Tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan pakaian beragam dan karaoke solo dan duet, melalui pertandingan ini juga bakat murid-murid dapat dicungkil dan digilap. Juadah raya membuka selera (sate + nasi himpit), ditambah lagi dengan tempahan kek, kek keju dan kek coklat (cg. Maznah)...fabulous!!!!. Sebelum bulan Syawal melabuhkan tirainya, pihak sekolah sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga SK. Suasa.....Jumpa lagi Jamuan Raya tahun hadapan...ADMIN.

Isnin, 26 September 2011

Susu 1Malaysia

 Murid-murid berkumpul dan mendengar taklimat ringkas dari Guru Besar
 Program Susu 1Malaysia.....susu untuk kesihatan
 Sebelum minum goncang dahulu kotak minuman........Guru Besar khusyuk memberi taklimat ringkas
 Guru-guru tidak melepaskan peluang mencuba susu 1Malaysia......pasti sedap dan berkhasiat
 Lepas minum.....buang kotak ke dalam tong sampah...........

Bertempat diperkarangan tapak perhimpunan sekolah, Guru Besar merasmikan program susu 1Malaysia peringkat sekolah yang diadakan hari ini 26 September 2011. Murid-murid dan guru-guru berkumpul dan Guru Besar memberikan taklimat ringkas tentang program susu 1Malaysia. ADMIN.

Sabtu, 24 September 2011

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI MERDEKA

Adik Mohd. Azrin Safuan (Tahun 4) mendeklamasikan puisi pilihannya.

Pusat Sumber Sekolah di bawah kendalian Ustz. Suzanah telah mengadakan Pertandingan Deklamasi Puisi Merdeka yang diadakan pada 23 September lalu di kelas Tahun 3. Walaupun penyertaan murid tidak menggalakkan, bakat berpuisi dikalangan murid-murid SK. Suasa sangat memuaskan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat dan kerjasama yang diberikan.ADMIN. 

Jumaat, 23 September 2011

Semuanya ada di KK

Tangguh Mesyuarat

Mesyuarat Sukan Sekolah bersama PIBG SK. Suasa yang akan diadakan pada 27 September (Selasa) akan ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak . Sukan sekolah dirancang akan diadakan dalam masa terdekat tapi memandangkan keadaan padang yang digenangi air akibat limpahan air dari Sg. Padas, kemungkinan besar sukan sekolah terpaksa ditangguhkan. ADMIN.

Jamuan Raya 2011

Pihak sekolah akan mengadakan Jamuan Merdeka Raya 2011 pada 27 September 2011 (Selasa). Beberapa pertandingan turut diadakan bagi memeriahkan sambutan kali ini antaranya ialah Pertandingan Karaoke dan Pakaian Beragam. Murid-murid dialu-alukan mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan mendaftarkan nama kepada Ustz. Suzanah selewat-lewatnya pada hari Isnin (26 September 2011). 

Rabu, 14 September 2011

Beberapa kesalahan berhari raya......

1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.

2. Bersalaman diantara lelaki dan wanita ajnabi.

3. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh dan Zuhur.

4. Makan berlebihan.

5. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.

6. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja.

7. Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.

8. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya aidilfitri hanya sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.

Dari Majalah SOLUSI keluaran isu 34

PENYAMPAIAN HADIAH

 Adik Dgku. Tazzirah pemenang Tahun 1 menerima hadiah dari PK 1
 Adik Fazley pemenang Tahun 3
 Adik Mohd. Azrin Safuan pemenang Tahun 4 menerima hadiah daripada Guru Besar SK. Suasa
 Adik Mohd. Nizam (pemenang Tahun 6) menerima ucapan tahniah daripada Guru Besar

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Mewarna dan Melukis sempena Sambutan Hari Kemerdekaan anjuran Panatia Pendidikan Seni yang dikelolakan sendiri oleh Ketua Panatia, En. Afandi Hj. Apong. Guru Besar , Tn. Hj. Bisno dan Penolong Kanan 1, En. Matjandi sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Kepada murid-murid yang tidak berjaya pada kali ini jangan putus asa, cuba lagi dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang sekolah rancang akan dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR nanti. ADMIN.

Rabu, 7 September 2011

UPSR 2011

Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada murid-murid Tahun Enam yang dijadualkan pada 13, 14 dan 15 September ( Selasa, Rabu dan Khamis ). Pihak sekolah mendoakan agar murid-murid beroleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Kepada guru-guru yang bertugas pada hari peperiksaan, selamat menjalankan tugas.

Buat Cikgu Mariana

Pihak sekolah mendoakan mudah-mudahan Cikgu Mariana selamat menjalani pembedahan di Hospital Likas dan semoga cepat sembuh dan kembali bertugas di sekolah.

Sabtu, 3 September 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54

Sempena meyambut Hari Kemerdekaan Ke-54, pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan kepada semua warga sekolah SK. Suasa dan pihak sekolah akan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti kepada semua murid-murid Sk. Suasa selepas cuti raya nanti.

Sabtu, 27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA TENAGA PENGAJAR SK. SUASA IAITU  TN. HJ. BISNO HJ. SARI (GURU BESAR), EN. MATJANDI (PK1), EN. SALANIH (PK HEM), EN. MARIF (PK KOKUM), EN. AFANDI, EN. SULAIMAN, PN. NOORAIDAH, PN. NORAZIAH, PN.NORHAYATI, PN. MARIANA, PN. MAZNAH, PN. SUZANAH, CIK ZAHRATAINI, CIK JANAINAH DAN CIK NOR LALA IDAMATY SERTA KAUM KELUARGA SERTA MURID-MURID SK. SUASA.....MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Majlis Solat Sunat Hajat

Pada 26/08/2011 (Jumaat) pihak sekolah telah mengadakan majlis solat sunat hajat untuk calon-calon UPSR sekolah pada tahun ini iaitu seramai 12 orang. Majlis tersebut diadakan di Surau Kg, Suasa selepas sahaja sembahyang Jumaat. Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penduduk Kg. Suasa terutama sekali pengerusi PIBG sekolah iaitu En. Amatiasin Hj. Saruji dan beliau sudi mengimamkan solat sunat hajat tersebut. Kepada penduduk-penduduk Kg. Suasa serta warga SK. Suasa, pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Selasa, 16 Ogos 2011

Clown 2 coloring page

Clown 2 coloring page

PEPERIKSAAN

PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KEDUA KEPADA SEMUA MURID-MURID SK. SUASA PADA 16 HINGGA 17 OGOS 2011.

Isnin, 15 Ogos 2011

Gambar-gambar Klinik UPSR CO2 Zon Gadong 2011 (Sains)

                             Ceramah teknik menjawab soalan bahagain A dan B                             
 Cenderahati kepada penceramah disampaikan oleh Guru Besar SK. Suasa, Tn. Hj. Bisno
 Latihan menjawab soalan
 Calon-calon UPSR 2011
 Fasilitator yang terdiri daripada guru-guru Sains Tahun 6
Jawab dik....jangan tak jawab.....

Ahad, 7 Ogos 2011

KLINIK UPSR SAINS ZON GADONG CO2

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru Sains di tujuh buah sekolah di Zon Gadong iaitu SK. Lago, SK. Kabajang, SK. Padas Damit, SK. Jabang, SK. Bentuka, SK. Bangkalalak serta SK. Suasa selaku tuan rumah pada tahun atas sokongan dan kerjasama penuh dalam menjayakan program klinik UPSR pada tahun ini. Seramai 56 orang murid terlibat dalam program ini. Mudah-mudahan segala usaha dan jerih payah pada tahun ini, keputusan UPSR terutama bagi mata pelajaran Sains bagi Zon Gadong akan meningkat dan seterusnya akan mencapai kecemerlangan.

salam Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH WARGA SK. SUASA, BEAUFORT.

Selasa, 26 Julai 2011

pertandingan merentas desa

 tahap 2
 tahun 2 & 3
 prasekolah dan tahun 1
 rumah hijau johan keseluruhan
 rumah kuning naib johan
rumah merah ketiga

sekilas bicara

sk.suasa merupakan sebuah sekolah pendalaman dan terletak 40 km dari pekan beaufort. Merupakan sebuah sekolah kurang murid (skm) dan mempunyai kurang 100 orang murid dan 15 orang kakitangan yang bertugas termasuk guru dan kakitangan bukan mengajar (ktbm). Terletak berhampiran dengan sungai padas dan banjir merupakan satu perkara biasa bagi penduduk di kampung ini. Kebanyakkan murid-murid di sekolah ini menggunakan basikal sebagai kemudahan untuk pergi ke sekolah.