Selasa, 22 November 2011

SELAMAT BERCUTI

Rasanya belum terlambat untuk pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga SK. Suasa terutama sekali guru-guru dan murid-murid. Semoga cuti panjang tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya terutama sekali kepada murid-murid SK. Suasa supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. ADMIN.

Khamis, 17 November 2011

UPSR 2011


Keputusan UPSR akan diumumkan pada hari ini iaitu tanggal 17 November 2011. Calon-calon UPSR bolehlah mengambil keputusan mereka selepas jam 10 pagi di pejabat pentadbiran SK. Suasa. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2011. ADMIN.

Selasa, 8 November 2011

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM TAHUN 2011


Bermula pada 10 dan11 November 2011 iaitu hari Khamis dan Jumaat, pihak sekolah di bawah kelolaan unit ko-kurikulum akan mengadakan aktiviti perkhemahan unit-unit beruniform yang merupakan aktiviti tahunan bagi murid-murid yang menyertai kegiatan ko-kurikulum di sekolah . Seramai 53 orang murid dan semua guru penasihat setiap persatuan iaitu Persatuan Pengakap dan PPIM akan berkampung di perkarangan sekolah bermula petang Khamis sehinggalah keesokkan harinya. Satu kursus bagi membimbing murid-murid mengorganisasi persatuan akan diadakan pada sebelah pagi Khamis. Dua orang penceramah di kalangan guru-guru yang berpengalaman telah dilantik bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang tugas-tugas ahli jawatankuasa bagi setiap persatuan. Berbagai-bagai aktiviti telah diatur dan menurut Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Marif, beliau berkata bagi memenuhi pengisian masa supaya aktiviti perkhemahan ini menjadi satu aktiviti yang menarik, banyak aktiviti telah dirancang bersama dengan guru-guru penasihat termasuklah petandingan ikatan dan simbol (Persatuan Pengakap) dan pertandingan memasak dan gubahan (PPIM) serta aktiviti malam kebudayaan. Diharapkan aktiviti seperti ini, kata beliau dapat memberikan murid-murid pendedahan dan pengalaman yang berguna. ADMIN.

Sabtu, 5 November 2011

MAJLIS PERSARAAN

EN. MATJANDI BIN TANSIM

Bersempena dengan persaraan En. Matjandi (gambar atas ), pihak sekolah akan mengadakan majlis persaraan beliau di Borneo Golf and Country Club, Bongawan pada 09 November 2011 (Rabu). Majlis yang dijangka bermula pada pukul 3.00 petang akan dihadiri oleh semua guru dan AKS. Majlis ini juga disekalikan dengan jamuan akhir tahun yang julung kali dianjurkan oleh pihak sekolah di luar sekolah. Berbagai aktiviti telah diatur bagi memeriahkan majlis itu nanti termasuklah bertukar-tukar hadiah. En. Matjandi yang merupakan anak jati Kg. Suasa mula bertugas di SK. Suasa sejak tahun 80-an lagi merupakan seorang guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini dan sudah banyak menabur bakti dan budi kepada seluruh warga Kg. Suasa, Beaufort. Sesungguhnya budi, jasa dan pengorbanan beliau pihak sekolah amat sanjungi dan berharap beliau akan terus menyokong segala usaha yang dibuat oleh pihak sekolah bagi mencemerlangkan dan menghasilkan produk (murid) yang berkualiti di masa-masa akan datang.

SELAMAT BERTUGAS

Pihak sekolah mempunyai seorang lagi AKS baru yang memulakan tugas pada 01 November yang lepas iaitu Pn. Saripah, beliau sebelum ini bertugas di SMK. Saga-Saga, Membakut. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas dan menjadi sebahagian daripada warga SK. Suasa, Beaufort. ADMIN.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA



Get more Aidil Adha: Click here
Kepada Seluruh Warga SK. Suasa, Beaufort

Selasa, 1 November 2011

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH TAHUN 2011

Sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 01 hingga 02 Oktober 2011 ( Selasa dan Rabu ). Bertempat di Padang Sekolah SK. Suasa, Beaufort. Antara acara-acara yang diadakan ialah termasuklah acara padang dan balapan, tarik tali, dan termasuk acara -acara kepada ibu bapa serta belia Kg. Suasa yang telah dirancang akan dilaksanakan. Diharapkan kejohanan sukan ini akan berlangsung dengan jayanya dan meriah.ADMIN.