Jumaat, 14 Disember 2012

PEMBAHAGIAN BUKU TEKS 2013

Perhatian kepada semua warga SK. Suasa, Beaufort, satu perjumpaan akan diadakan bagi pembahagian buku teks tahun 2013. Kehadiran semua guru dan murid adalah diwajibkan. Tarikh dan masa adalah seperti berikut :

Tarikh : 27 Disember 2012
Hari : Khamis
Masa : Bermula jam 8.00 pagi

Kerjasama semua guru dan murid amatlah diharapkan. ADMIN.

Jumaat, 30 November 2012

Sabtu, 29 September 2012

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM TAHUN 2012

PADA 27 DAN 28 SEPTEMBER 2012, UNIT KOKURIKULUM SK.SUASA TELAH MENGADAKAN PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM YANG DISERTAI OLEH SERAMAI 48 ORANG MURID YANG TERDIRI DARIPADA MURID-MURID TAHUN 3, 4, 5 DAN 6. AKTIVITI PERKHEMAHAN YANG DISERTAI OLEH AHLI-AHLI PENGAKAP DAN PPIM MERUPAKAN ACARA TAHUNAN YANG DIADAKAN DI SEKOLAH. UNIT KOKURIKULUM SK. SUASA MENGUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA, SOKONGAN DAN KOMITMEN DARIPADA AKS, SEMUA GURU DAN KEPADA SESIAPA SAJA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI INI. JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN, INSYA-ALLAH. ADMIN.

Sabtu, 2 Jun 2012

SELAMAT BERCUTI SEMPENA CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia warga SK.Suasa, Beaufort. Sebenarnya sudah agak lama tidak update blog ni walaupun banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku yang boleh dikongsikan bersama sepanjang semester pertama ini. Walau bagaimanapun, nampaknya masih belum terlambat untuk admin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SK. Suasa, Beaufort dan dalam mengisi aktiviti-aktiviti sepanjang cuti ini, biarlah dipenuhkan dengan sesuatu yang bermanfaat dan jangan membuang masa...kepada murid-murid Tahun 6 jangan lupa sepanjang minggu ada kelas tambahan bermula dari jam 8.00 pagi. Seterusnya, admin juga ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada guru-guru SK. Suasa dan agak banyak jugalah aktiviti yang dirancang sempena meraikan hari guru peringkat sekolah yang diadakan sebelum cuti.

Ahad, 8 Januari 2012

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

MULAI JANUARI INI, DUA ORANG GURU AKAN BERPINDAH DI SEKOLAH BARU IAITU PN. MARIANA NGOAI AKAN BERTUGAS DI SEKOLAH DI DAERAH KUALA PENYU DAN PN. NOORAIDAH AHMAD BERTUGAS DI SRK. LUK YUK, LIKAS. PIHAK SEKOLAH MERAKAMKAN UCAPAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN, KOMITMEN DAN ILMU YANG PERNAH DITABUR BAGI KEMAJUAN PEMBELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH INI. PIHAK SEKOLAH MENDOAKAN DAN BERHARAP CIKGU MARIANA DAN CIKGU NOORAIDAH AKAN SENTIASA BEROLEH KEBAHAGIAAN DAN SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU. ADMIN.

CIKGU MARIANA
CIKGU NOORAIDAH

Ahad, 1 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua guru dan murid-murid SK. Suasa, Beaufort. Selamat tinggal tahun 2011 yang penuh dengan kenangan, semoga kedatangan tahun baru ini dapat memperbaharui azam dan matlamat untuk memajukan diri demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah. Kepada semua guru-guru dan murid-murid dari tahun 1 hingga 6, satu perjumpaan di sekolah akan dibuat pada 2/1/2012 ( Isnin ) pada jam 7.30 pagi. Kadatangan anda diwajibkan. ADMIN.