Khamis, 29 September 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

download link :
manual guru mata pelajaran
manual guru kelas
manual SU peperiksaan

Resipi : Ayam masak serai lengkuas

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (saiz potongan, ikut suka uolls)
5 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili boh
200 ml santan
1 batang serai (dititik)
1 / 2 keping asam keping (bergantung pada saiznya)
1 cawan air


Bahan-bahan yang dikisar :
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras


Cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan cili boh sehingga
agak garing. Kemudian masukkan bahan-bahan
yang dikisar tadi, kacau dan biarkan sehingga
naik minyak. Masukkan air diikuti santan. Bila
sudah agak mendidih, masukkan ayam, serai
dititik dan asam keping. Masak sehingga
ayam mesra dengan kuahnya dan naik minyak.
Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa
masing-masing.

Selasa, 27 September 2011

Sambutan Majlis Jamuan Raya 2011

 Segak dan ayu berpakaian melayu dan berbaju kurung
 Murid-murid Pra-sekolah tidak melepaskan peluang turut serta
 Kenangan Jamuan Raya 2011
Berdiri dari kiri : En. Sulaiman, En. Matjandi,Tn. Hj. Bisno(GB),En. Marif,En.Salanih,En.Afandi
Duduk : Pn.Mariana,Pn.Nooraidah,Pn.Norhayati,Cik Zahrataini,Pn.Suzanah,Pn.Noraziah

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya dapatlah majlis yang dirancang ini dilaksanakan dengan jayanya. Sungguh meriah dengan murid-murid memakai pakaian berwarna warni dengan silelakinya yang tampan segak memakai baju melayu lengkap bersamping manakala siperempuannya ayu memakai baju kurung ditambah lagi dengan aksesori tambahan. Pertandingan pakaian beragam menambah lagi kreativiti murid-murid 'mencantikkan' lagi baju bagi memenangi hati juri. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang serba ringkas tapi meriah. Tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan pakaian beragam dan karaoke solo dan duet, melalui pertandingan ini juga bakat murid-murid dapat dicungkil dan digilap. Juadah raya membuka selera (sate + nasi himpit), ditambah lagi dengan tempahan kek, kek keju dan kek coklat (cg. Maznah)...fabulous!!!!. Sebelum bulan Syawal melabuhkan tirainya, pihak sekolah sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga SK. Suasa.....Jumpa lagi Jamuan Raya tahun hadapan...ADMIN.

Isnin, 26 September 2011

Susu 1Malaysia

 Murid-murid berkumpul dan mendengar taklimat ringkas dari Guru Besar
 Program Susu 1Malaysia.....susu untuk kesihatan
 Sebelum minum goncang dahulu kotak minuman........Guru Besar khusyuk memberi taklimat ringkas
 Guru-guru tidak melepaskan peluang mencuba susu 1Malaysia......pasti sedap dan berkhasiat
 Lepas minum.....buang kotak ke dalam tong sampah...........

Bertempat diperkarangan tapak perhimpunan sekolah, Guru Besar merasmikan program susu 1Malaysia peringkat sekolah yang diadakan hari ini 26 September 2011. Murid-murid dan guru-guru berkumpul dan Guru Besar memberikan taklimat ringkas tentang program susu 1Malaysia. ADMIN.

Sabtu, 24 September 2011

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI MERDEKA

Adik Mohd. Azrin Safuan (Tahun 4) mendeklamasikan puisi pilihannya.

Pusat Sumber Sekolah di bawah kendalian Ustz. Suzanah telah mengadakan Pertandingan Deklamasi Puisi Merdeka yang diadakan pada 23 September lalu di kelas Tahun 3. Walaupun penyertaan murid tidak menggalakkan, bakat berpuisi dikalangan murid-murid SK. Suasa sangat memuaskan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat dan kerjasama yang diberikan.ADMIN. 

Jumaat, 23 September 2011

Semuanya ada di KK

Tangguh Mesyuarat

Mesyuarat Sukan Sekolah bersama PIBG SK. Suasa yang akan diadakan pada 27 September (Selasa) akan ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak . Sukan sekolah dirancang akan diadakan dalam masa terdekat tapi memandangkan keadaan padang yang digenangi air akibat limpahan air dari Sg. Padas, kemungkinan besar sukan sekolah terpaksa ditangguhkan. ADMIN.

Jamuan Raya 2011

Pihak sekolah akan mengadakan Jamuan Merdeka Raya 2011 pada 27 September 2011 (Selasa). Beberapa pertandingan turut diadakan bagi memeriahkan sambutan kali ini antaranya ialah Pertandingan Karaoke dan Pakaian Beragam. Murid-murid dialu-alukan mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan mendaftarkan nama kepada Ustz. Suzanah selewat-lewatnya pada hari Isnin (26 September 2011). 

Rabu, 14 September 2011

Beberapa kesalahan berhari raya......

1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.

2. Bersalaman diantara lelaki dan wanita ajnabi.

3. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh dan Zuhur.

4. Makan berlebihan.

5. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.

6. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja.

7. Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.

8. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya aidilfitri hanya sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.

Dari Majalah SOLUSI keluaran isu 34

PENYAMPAIAN HADIAH

 Adik Dgku. Tazzirah pemenang Tahun 1 menerima hadiah dari PK 1
 Adik Fazley pemenang Tahun 3
 Adik Mohd. Azrin Safuan pemenang Tahun 4 menerima hadiah daripada Guru Besar SK. Suasa
 Adik Mohd. Nizam (pemenang Tahun 6) menerima ucapan tahniah daripada Guru Besar

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Mewarna dan Melukis sempena Sambutan Hari Kemerdekaan anjuran Panatia Pendidikan Seni yang dikelolakan sendiri oleh Ketua Panatia, En. Afandi Hj. Apong. Guru Besar , Tn. Hj. Bisno dan Penolong Kanan 1, En. Matjandi sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Kepada murid-murid yang tidak berjaya pada kali ini jangan putus asa, cuba lagi dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang sekolah rancang akan dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR nanti. ADMIN.

Rabu, 7 September 2011

UPSR 2011

Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada murid-murid Tahun Enam yang dijadualkan pada 13, 14 dan 15 September ( Selasa, Rabu dan Khamis ). Pihak sekolah mendoakan agar murid-murid beroleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Kepada guru-guru yang bertugas pada hari peperiksaan, selamat menjalankan tugas.

Buat Cikgu Mariana

Pihak sekolah mendoakan mudah-mudahan Cikgu Mariana selamat menjalani pembedahan di Hospital Likas dan semoga cepat sembuh dan kembali bertugas di sekolah.

Sabtu, 3 September 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54

Sempena meyambut Hari Kemerdekaan Ke-54, pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan kepada semua warga sekolah SK. Suasa dan pihak sekolah akan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti kepada semua murid-murid Sk. Suasa selepas cuti raya nanti.